Akhirnya aku kembali kepada Ma
dan Pa. Kini aku bersama dengan 2 orang anak aku yang kini aku lihat semakin
sihat dan berseri selepas lebih kurang 3 bulan kami tinggal dengan Ma dan Pa.
Aku kini jauh lebih gembira berbanding enam tahun lepas. Segala keindahan yang
aku rasakan hancur bila aku menyedari bahawa dia bukanlah seperti yang aku
sangkakan. Selama ini aku tertipu dengan pelbagai keindahan sementara bersama bekas
suamiku. Aku tersandar pada kerusi meja solek di bilik aku. Aku hairan, apa
sebenarnya yang berlaku terhadap aku sehingga aku sanggup mengkhianati Pa dan
Ma demi dia. Perlahan aku membelek gambar yang aku masih simpan. Jauh di sudut
hati aku, aku tidak lagi mencintai lelaki itu namun doa aku masih ada untuknya.
Tidak ada dendam di dalam hati aku
padanya. Ma menasihati ku agar melepaskan semua yang telah berlalu
dengan rela. Pa pula memberitahu aku untuk terus mengasihi siapa pun dia kerana
Pa cakap, kasih itu lemah lembut dan pemurah dengan kemaafan. Aku tersenyum
mendengar nasihat mereka berdua.
~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~
“Bell, tahun depan saya nak balik ke Singapore. Nak uruskan sedikit
pasal syarikat Dad kat sana then saya akan terus ke Melbourne. Mungkin tidak
akan kembali lagi kesini.”
Aku terkesima mendengar
penerangannya. Akhirnya segalanya berakhir akan berakhir dalam beberapa bulan
sahaja lagi dan aku tidak akan pernah dapat memberitahu semuanya. Aku ingin
berkata, tapi seolah ada seketul batu menyekat peti suara aku. Lalu aku pun
tersenyum, dan mengajak dia berlari ke seberang jalan dan mendapatkan dua kon
aiskrim untuk kami.
~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~
Cepatnya masa berlalu, sudah lima
bulan rupanya dia berangkat ke Melbourne. Sejak itu, aku tidak pernah mendengar
kabar mengenai dia lagi. Aku kini bakal menduduki SPM dan aku tahu dimana
tumpuan aku yang sepatutnya. Aku mengabaikan semua gangguan yang ada di
sekelilingku.
Namun perkenalan dengan dia menjadikan aku ralat. Sebaik SPM selesai aku meminta hadiah sejumlah wang
tunai daripada Pa dan Ma dan mengatakan aku mahu bercuti dengan kawan-kawan ke
Pulau peranginan dalam Negara.
~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~
Gembira aku bukan kepalang. Kami di
sini menghabiskan seluruh waktu bersama. Kami mendaftar perkahwinan di mahkamah
di Negara asal aku sebelum kami bertolak hari itu. Aku berasa sungguh gembira
dengan layanan yang aku terima daripadanya. Dia ikhlas mencintai aku daripada
apa yang aku lihat. Selepas melahirkan anak yang sulung, hubungan kami semakin
erat. Dia sangat bertanggungjawab dan setia. Sehingga kami dikurniakan anak
yang kedua. Dan aku mulai merancang keluarga kerana tidak ingin hamil lagi. Kami
sangat bahagia menghadapi hari-hari yang kami ada. Cinta kami seakan tidak
pernah padam.
~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~
Sehingga suatu ketika aku nyaris
maut diserang seorang wanita cantik dan bergaya. Aku koma seminggu di dalam wad.
Selepas sedar daripada koma, aku mendapati segalanya kini berubah. Doktor
menyatakan bahawa suamiku tidak pernah datang melawat aku. Aku hairan dan aku
pasti suamiku bukan seperti itu. Aku kembali ke rumah dan mendapati kedua
anak-anak aku selamat dalam jagaan pengasuh. Namun suamiku tidak pernah muncul
lagi. Aku terkial-kial mencari dia kesana kemari, tetapi aku tidak pernah
berjaya menjumpainya. Bila bertanya kepada orang tempatan, kata mereka suami
aku sering dilihat bersama dengan seorang kanak-kanak di sebuah sekolah di
pinggir Bandar. Aku menuju ke sana bersendirian dan aku mendapati suamiku
sedang bermain dengan seorang kanak-kanak dalam lingkungan tujuh tahun. Dari jauh
aku melihatnya bermain dengan anak itu. Aku ingin menghampiri suamiku tetapi
aku berhenti apabila mendapati dua orang perempuan sedang menuju kearahnya
dengan senyuman. Salah seorang daripada mereka adalah wanita yang menyerang aku
hampir setahun yang lepas. Seorang lagi lebih berumur dan aku dengan jelas
melihat suamiku memandang kedua wanita itu sambil tersenyum dan memeluk
keduanya. Aku terpana.
Namun aku kuatkan hati dan aku
gagahkan kaki melangkah kearah suamiku. Sebaik melihat aku, wanita yang cuba
menyerang aku terkejut dan berundur setapak ke belakang. Ku lihat suamiku
menggenggam erat tangan kanan wanita yang lebih berumur itu. Aku menepuk
perlahan bahu suamiku dan spontan dia
menoleh kearah aku. Tangan wanita tadi dilepaskannya. Aku kira akan menerima
pelukan daripada suamiku…
“Ya puan,
apa yang saya boleh bantu?”
~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~
Aku terduduk. Nafas aku seakan
berhenti. Suamiku tidak mengenali aku. Menurut apa yang aku faham, suami aku
hilang ingatan dan baru saja sedar daripada segalanya setahun yang lepas.
Wanita tadi merupakan isteri suamiku dan dua anak mereka. Aku memandang wanita
muda yang aku kira masih belasan tahun
itu dan dia juga membalas pandangan aku. aku mengerti dan dia mengerti. Aku kembali
ke rumah dan aku menangis semahunya.
~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~
Sebulan selepas itu, aku mendapat khabar bahawa segala
harta yang aku ada akan disita dan aku terpaksa berpindah rumah ke sebuah bilik
yang kecil dan tidak selesa. Aku akhirnya mengambil keputusan untuk kembali
kepada Pa dan Ma. Aku akan melutut di kaki mereka andai itu mampu memberi kemaafan
kepada aku.
Tapi ternyata, sebaik aku sampai
di lapangan terbang, Pa dan Ma segera menghampiri aku dan memeluk aku. AKu sungguh
terharu. Aku sebak dengan airmata. Aku kehilangan kata-kata. Malahan sebaik
sampai dirumah, Pa dan Ma memberikan aku majlis keraian kerana kepulangan aku
yang sudah enam tahun mereka nantikan dengan doa. Bilik aku berhias cantik dan
kemas. Malahan anak-anak aku mendapat bilik seorang satu. Ma kata, sebanyak
mana pun kesilapan yang aku lakukan, aku tetap anak Ma, dan Ma sangat gembira
sebab kini dia sudah punya cucu untuk bermain dan aku juga ada untuk
menemaninya melakukan kerja-kerja rumah. Aku, Ma dan Pa serta dua orang anak
aku menjadi sebuah keluarga yang lengkap.
~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~
”Bell,
jom turun, dinner is ready”
Ma muncul di sebalik pintu bilik
aku. Aku tersenyum padanya dan meletakkan gambar ditanganku ke dalam laci. Aku
turun dan mendapati kedua anakku sudah bersedia di meja makan bersama datuk
mereka. Aku tersenyum bahagia melihat keduanya semakin montel.
~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~
“Bell,
apa kata kau sambung belajar nak, Pa dan Ma sedia menjaga cucu kami tu.”
~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~
Aku masuk ke kelas dengan
terburu-buru. Pensyarah ekonomi sudah berada didalam kelas dan aku mengetuk
pintu memberi salam kepadanya.
“Hmm,
hari ini ayam kamu tercabut kepak ke Cik Bell?”
Aku hanya tersenyum dan terus
duduk disebuah kerusi yang kosong. Kuliah bermula dan aku menumpukan sepenuh
perhatian kepada pengajian aku yang tinggal beberapa bulan sahaja lagi akan
berakhir. Aku tidak menyangka akan bergelar mahasiswa dan boleh meneruskan
pengajian dalam ke diploma. Aku sungguh bersyukur dengan kebaikan Pa dan Ma.
“Minggu depan, saya akan ke Brisbane dan,
awak semua akan belajar dengan seorang pensyarah baru sehingga Pengajian kamu
selesai.”
~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~
Pagi ini aku bangun lebih awal
dan aku sampai ke kelas dengan lebih cepat. Aku membuka setiap lembaran nota
yang aku sudah catat sepanjang semester ini. Lagi tujuh minggu kami akan
menghadapi Peperiksaan Semester terakhir sebelum bergraduasi.
“Hi, saya adalah pensyarah baru kamu”
Aku mengangkat muka dan melihat
seornag pensyarah muda dihadapan kelas. Mata aku bertentang dengan matanya. Aku
tersenyum dan mengangguk. Beliau memperkenalkan diri namun semuanya bagaikan
tidak masuk kedalam minda aku yang sedang sibuk menganalisis nota-nota aku.
~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~
Pa dan Ma datang bersama kedua
anak-anak aku pada hari aku berkonvokesyen. Ma menyeka airmatanya dan memeluk
aku. Aku amat bahagia dan sangat berterima kasih dengan Ma dan Pa. Menurut Pa,
seorang rakan niaganya sudah menerima permohonan kerja aku sebaik tamat
pengajian. Aku sangat gembira dan tidak sabar memulakan kehidupan denggan wang
sendiri. Aku aku mahu berdikari dan membalas segala jasa yang sudah diberikan
Ma dan Pa.
“Tahniah Bell. Saya tak sangka akan bertemu dengan awak semua”
Aku terkejut mendengar ucapan
pensyarah baru aku sebentar tadi. Lagi kelu lidah aku bila dia menghulurkan
sekeping gambar kepada aku. Aku pandang Ma dan Pa. Mereka mengangguk dan aku
mengambil gambar tersebut dan mengamatinya. Itu gambar aku lebih kurang Sembilan
tahun lepas dengan…
Aku terpana. Aku terdiam melihat
dia di hadapan aku. Sungguh aku tidak menyangka dia akan kembali semula ke Negara ini.
Aku rasa ingin menangis tapi sebaliknya aku tersenyum dan aku menghulurkan
tangan kepadanya tapi sebaliknya tangan aku tidak bersambut, dia terus memeluk aku dan
berbisik. Dan aku mengangguk. Tersenyum.
" Yes, I do"
" Yes, I do"
~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~
“Tim,
macam mana awak cam saya? Sedangkan saya langsung tak cam awak?”
Dia tidak menjawab tapi membawa
tangan aku ke dadanya. Dan aku faham kini apa yang dia maksudkan. Tim sangat
baik dan dapat menerima kedua anak aku dengan baik malah menganggap mereka
sebagai anaknya sendiri. AKu gembira kerana bersama dengan Tim, cinta pertama
aku. Mendung dalam hidup pasti berlalu dan mentari disebalik mendung akan
bersinar semula.
~Tamat~
7 comments:
ada bakat ni.kite minat gak menulis tapi malas..menguasai diri.
Terima kasih. xde la bakat mana pon... mencuba saja hehe
wah. berbakat. keep it up wen. lama2 nanti boleh hasilkan novel. tq wen singgah blog sy tmpoh hari. jgn serik dtg lagi.
wak pon dh lama X baca novel cerpen jugakkk.. uuHHuu
tq wen untuk info. sy sedang klik2 karya wen tepi ni.
ada bakat..
awak bolh x nak copy?
Post a Comment
its your right to share ur opinion thats mean, Ur comment are welcome...