CHAPTER 1
Sesuatu sedang bermain difikiranku sedang jemariku rancak menaip, menyiapkan assignment yang sedang menghampiri dead-line. Aku tahu aku perlu menyiapkan tugasan ini dengan baik walaupun dengan masa yang boleh dikatakan suntuk bagi memahami hampir lima buah journal dalam bahasa asing dan memerlukan ketelitianku untuk menghasilkan ulasan yang berkredibiliti selain mengaitkan semuanya dalam satu sekitar lapan muka surat berdasarkan kehendak pensyarahku yang cerewet tapi baik hati itu.
Sesuatu yang aku khuatiri semakin mengasak pemikiranku kala ini. Kelincahan jari-jemariku menari diatas keybord komputer ribaku terhenti sementara apabila sebuah sms aku terima. Lekas aku menekan punat-punat telefonku. Ternyata daripada seseorang yang aku privatekan lantas jemariku kembali lincah menekan password dan membuka.
--------------------------
“Aku bahagia bersamamu sayang”.
--------------------------
Aku seolah tersentak. Terasa bebola mataku menjadi panas dan aku menutup mataku. Mengosongkan sementara kotak hatiku yang dirantai kenangan lalu. Ingin saja kau menjerit menyatakan ketidak relaanku dalam semua ini. Aku tak mahu diganggu lagi. Namun disuatu sudut lain aku berfikir tak mahu kehilangan.
Asakan fikiran memahami kenapa dia masih terus menggangguku kala ini.
Sesaat aku menaip, menduga sama ada si pengirim tersilap mrnghantar mesej. Aku tak dapat berbohong, aku masih punya keinginan yang sama dengannya. Balasan ku terima dan aku menaip sms lagi. Kala ini hatiku seperti disayat-sayat, aku ternampak-nampak diriku menangis dalam kesenduan beberapa bulan lepas pada hari pertama peperiksaan akhir semester ku yang lepas. Ada kepedihan dan dendam aku rasakan dalam setiap inci tubuhku. Masih terngiang-ngiang ditelingaku suara di hujung telefon menyatakan keterpaksaannya bersamaku selama 10 tahun ini. Oh Tuhan.
Satu persatu kenangan bergantungan di hadapanku, aku meneleknya satu persatu. Seperti aku menonton filem dalam sebuah panggung wayang. Aku seolah terpana melihat kekejaman insan yang disayangi wanita dalam filem itu melukai hati wanita itu. Aku mendatangi wanita itu. Aku memeluknya dan membiarkan tangisannya dibahuku. Aku turut tersedu mendengar esakan tangisnya yang pilu. Ya mencintai itu sangat menyakitkan bila disakiti. Perlahan sekali aku berbisik kepadanya. Esakannya semakin hiba.
Aku membiarkan sahaja dia melepaskan segalanya di atas bahuku. Aku cukup faham perasaaan wanita dihadapanku ini kerana aku juga pernah menjadi sepertinya. Perlahan aku merungkaikan pelukan apabila aku merasakan esakan wanita itu beransur reda. Aku dengan perlahan menyingkap rambutnya yang berjuraian. Hatiku tersentap melihat wajahnya seiras aku memandang kosong kepadaku. Tuhan adakah aku bermimpi? “ siapa kau?” soalan yang keluar namun tersekat di kerongkong. Seolah memahami dia menjawab. “Aku adalah diri kau. Aku adalah tangisan kau.aku adalah kesedihan kau.” Aku tersentap. Kenapa? Aku bertanya lagi... “sudahlah bersedih. Usah menangis lagi. Kau dah menangis seumur hidup kau untuk pelbagai masalah yang kau hadapi.”
Aku terpempan lagi. Ya betul. Airmata menjadi temanku yang tak pernah pergi. Begitu setia disampingku bila diperlukan. “Aku tak boleh” aku berkata didalam hati. “Kau mampu” katanya perlahan. Aku teresak mendengarnya. Begitu prihatin dia memberikan aku semangat. “Aku perlukan sokongan seperti dia.” Aku berkata lagi. Dia mengangguk tersenyum. “ Tak salah kau mencari sandaran, tapi Tuhan kan selalu ada. Dia juga tidak pernah meninggalkan kau” mendengarkan itu aku semakin teresak. Terasa diri dibebani sejuta dosa yang tak dapat di ampuni oleh yang maha mengasihi. Tuhan.
“ Are you okay?”
“Ya, saya okay” kataku tanpa berkalih. Sangkaku wanita dihadapanku tadi yang berkata. Namun satu suara asing menerjah pendengaranku.
“No I don’t think you’re okay,”tingkah suara itu semula. Aku pantas mendongak. Serentak dengan itu aku tersedar apabila mendapati diriku berada di alam nyata. Aku bermimpi. Aku terdiam. Memandang kosong kehadapan. Sebuah wajah asing ku temui. Aku belum pernah melihatnya sebelum ini di perpustakaan universiti yang aku duduk ini. Dia tersenyum. Cantik. Rambutnya kemerah-merahan. Aku membalas senyumannya dan berkata “Thanks. I have to go” kemudian terus menutup laptopku. Mengemas buku serta apa yang patut dan pergi dari situ. Hairan dia tidak pula mengejarku atau membantah.
Aku menikmati makananku seorang diri di sebuah restoran petang itu tanpa ditemani sesiapa. Sambil makan fikiranku diasak dengan pelbagai tugasan yang harus aku siapkan dalam masa terdekat. Aku khayal dengan fail-fail yang tidak teratur dalam otakku. Aku mesti mengemaskannya sebelum migrain menyerang aku kembali.
“Hallo miss, can i take a seat here,”
“Hah?” aku sedikit terkejut melihat wajah itu lagi. Seolah pernah terjumpa sebelum ini. Puas aku menyelongkar memori aku. Namun wajah itu tak berjaya ku temui rekodnya.
“Hallo?”
“ Hah, oh, sure. Why not.” Aku menjawab walaupun dalam hati heran kerana restoren milik cina muslim ini lengang dengan pelanggan kerana sekarang adalah waktu kuliah bagi kebanyakan pelajar. “Ah, mungkin dia kurang selesa duduk seorang diri. Aku menjawab sendiri pertanyaan hatiku. Alamak, aku memang janggal nak berkomunikasi dengan orang baru.
“I am Irene. From Philipine.” Dia memperkenalkan dirinya sekaligus memecahkan kesunyian diantara kami.
“ Oh, I am ...”
“ Darlence right..?”
Sekali lagi aku terkejut. Bagaimana dia tahu namaku?
“ Yes, Atalya Ornel Darlence” kataku.
“ Where do you come from?”Pelat bahasa Inggeris Filipinanya kedengaran di cuping telingaku.
“ I am a Malaysian. From Sabah. A land below the wind you know, a state in Borneo Island,”
“ Oh my God! Really? No wonder you look like a chinese. I thought that you are a chinese.”
“ No, I am not. I am pure Sabahan, a Dusun girl. You might not know it right?” keselambaannya berbual dengan aku membuatkan aku semakin selesa berbual dengannya. Aku tersengih sambil menghitung-hitung bilangan mereka yang tersilap menilai bangsaku. Dengan mata yang agak sepet disertai dengan warna kulitku yang cerah namun lebih kepada warna kuning langsat ini membuatkan ramai orang melayu yang salah sangka. Para mahasiswa cina yang pertama kali berjumpa dengan aku pasti akan berbual dalam bahasa cina. Aku tersenyum gelihati. Tapi paling aku tak boleh terima, ada juga pelajar antarabangsa dari Myanmar dan Kemboja tersilap dengan aku. “ingatkan Cambodian/Myanmarian” kata sesetengah daripada mereka.
“Hey, Darlen, what are you smiled for?” tiba-tiba dia bersuara.
“Nothing, I am counting how many times people thought that I am Chinese girl.” Aku tersenyum lagi.
“Oh, ha ha ha... then I am the...? But you are really look like a Chinesan Darlen.” Dia menambah.
“Can’t count anymore. He he he” Ada perasan bangga dalam hatiku. Tetapi tunggu kenapa dia memanggilku Darlen? Agak janggal kerana di kampus ini aku lebih mesra dengan nama Ornel.
“Irene, can you speak in bahasa?” Lain pula pertanyaan yang keluar daripada mulutku. Entah seolah kaku mengajukan soalan tersebut.
“Sudah tentu saya boleh berbahasa Malaysia dengan fasih. Saya dah lama tinggal di Malaysia. Cuma tiga tahun lalu saya kembali ke Filipina atas sebab-sebab keluarga”
Aku terkejut dengan bahasa Malaysianya yang begitu lancar. Tidak ada pelat langsung.
“Saya bersekolah sejak tingkatan satu di malaysia dan selepas menduduki SPM saya kembali ke Filipina.” Irene berkata lagi. Aku meletakkan gelas yang aku pegang. Sedikit terkejut dengan penerangan Irene. Patutlah dia fasih berbahasa Malaysia.
‘Irene, you buat apa kat sini? I mean in Malaysia and in my Universiti, and also sit with me? Aku mengajukan juga pertanyaanku setelah berkira-kira sebentar.
“ Saya belajar kat sini. Sepatutnya saya datang sem lepas. Tetapi saya menunda pengajian memandangkan parents belum bersedia menghantar saya balik ke Malaysia untuk meneruskan pelajaran.”
“Oh, macam tu”
“Dan saya duduk di hadapan Darlen, sebab saya sunyi makan sorang dan wanna make a new friend.”
“Kawan?” Aku tertanya. Gadis Filipina ni nak berkawan dengan aku? Aku jadi ragu. Bukan tak mahu tapi segan melihat penampilan dia yang “boleh tahan” berbanding aku yang selalu selekeh dengan seluar slack dan kameja ataupun blouse yang sesuai.
“ Yes. Friend. Kawan. Why?” Katanya sambil memuncungkan mulutnya. Aku gelihati melihat dia berbuat demikian. Aku menimbang-nimbang permintaan Irene.
“Okay, tapi ada syaratnya.”
“ Apa syaratnya?”
“ Kau kena bagitahu aku sebab kenapa kau mahu berkawan dengan aku. Dan mesti berjanji dengan aku. Tapi sebelum tu jawab soalan saya dulu kemudian baru berjanji”
Aku mengorak langkah positif dalam pertemuan kami ini, sambil otakku ligat berfikir dimana aku pernah berjumpa dengannya.
“ Alright. Sebab saya nampak diri saya serasi dengan Darlen.”
“Betul?” Irene mengangguk.
“Sejak bila kamu mengintai saya?” aku bertanya lagi.
“ Saya tak mengintai.”
“ So, how do you know yang kamu serasi dengan saya?”
“ I see you in library a few weeks before. I try to talk with you but you rushing to go. Then after that I always saw you walking alone. But I have no chance to talk with you untill this evening. I know and feel the chemistry between us. Honestly, it’s look like I know you before. A long term memory”
“ What are you talking about?” Aku hairan dengan perkataanya yang terakhir.
“Saya dah kata tadi, saya seolah-olah sudah pernah mengenali Darlen sebelum ini. Itu sebabnya saya rasa seolah-olah saya serasi dengan Darlen. Lagipun saya tengok kamu selalu keseorangan”
“ Okay, tapi Irene kena janji, kawan bagi saya adalah kawan menangis dan ketawa bersama,”
“ Saya janji. Sebab saya juga mahukan persahabatan yang sama” Irene pantas menjawab. Aku tersenyum.
Bersambung.....
0 comments:
Post a Comment
its your right to share ur opinion thats mean, Ur comment are welcome...