CHAPTER 2
“D.A.R.L.E.N. Darlen!!!”
Aku terdengar suara Irene dibelakangku. Aku pantas berpusing dan melihat Irene tersenyum sambil melambai-lambai meminta aku menunggunya. Terkocoh-kocoh dia turun dari bas yang mengangkut dia daripada “kampung” kediaman kami. Aku mendahuluinya dengan menaiki bas yang lebih awal tadi kerana ingin menyemak sesuatu di fakulti.
“ Oh my God. Irene,relax okay. I will wait for you my dear friend. He he he.” Aku tersenyum melihat dia berpeluh-peluh menuju kearahku.
Irene hanya tersengih. Benar kata Irene, kami mempunyai chemistry kerana dalam tempoh 2 bulan kami seolah sepeti sudah saling mengenali lebih sepuluh tahun.
Lagu “ I am Alive” nyanyian Celine Dion kedengaran daripada telefon bimbitku. Aku membuka kekunci dan menekan punat “open” dan...private... Aku membiarkan mesej itu tak berbuka.
“Siapa” Irene bertanya. Mungkin terhidu perubahan diwajahku.
“Nothing, it’s my classmate for major subject, ask me to do something.” Aku berbohong.
Irene kembali memandang laptopnya. Khusyuk membaca sesuatu dan membuat catatan didalam buku “sekerapnya”
--------------------------
“Sayang, sukar hidup tanpa mu di sisi. Berikanlah peluang kepada diri ini kembali ke sisimu.”
--------------------------
Aku membuka mesej siang tadi. Aku terasa airmataku mengalir. Betapa pedih menahan rasa hati. Betapa seksa menerima kenyataan yang pahit. Namun cepat-cepat aku tersedar bahawa semuanya harus berakhir.
--------------------------
“Kau tetap adalah masa silamku, peluang hanya untuk orang yang tahu menghargai dan bukan untuk orang sepertimu.”
--------------------------
Aku tahu kejam sungguh ayat itu. Tapi hati yang tersayat bukan mudah untuk di ubati.
Handphone bergetar. Sepantas itu dia menyeluk saku. Nama Annys tertera pada skrin. Perasaan yang berkecamuk menghasilkan dengusan yang berat daripada si pemuda. Mesej segera dibuka.
“ Dear, after class I wanna see you at Cafe. I miss you. I love You”
“Kenapa lain yang aku tunggu lain pula yang datang.” Evzan berkata separuh berbisik dan mendengus lagi.
“Who’s that?” rakannya Red bertanya. Evzan menggeleng tetapi menghulurkan telefonnya. Red dan Alden membaca bersama mesej tersebut.
“ I don’t know how to explain with her that I can’t be with her.”
Evzan hampir menjerit. Beberapa orang rakannya terkejut.
“ Evzan, what’s wrong with you? Do you want to go out from my class?
Suara pensyarahnya menerjah pendengaran Evzan dan yang lain. Dewan kuliah dengan muatan mahasiswa 100 orang itu cukup membuatkan rona wajah Evzan berubah.
“No. No, sir. Thank you...” Evzan sempat berlawak sambil membongkokkan badannya kepada pensyarahnya. Dewan kuliah menjadi gamat dengan gelak tawa rakannya yang lain. Evzan hanya tersenyum.
“ Okay, then please elaborate this concept. About the theory about... bla bla bla.”
Evzan terkedu. Dalam hati dia menyumpah nama serupa sejenis nama wine pada pendengarannya. Dia tergaru-garu kepalanya. Sumpah, inilah kali pertama dia berasa tidak bersedia dalam kelas yang amat digemarinya ini.
“I can’t sir, sorry.” Evzan mengaku jujur.
“Then what are doing just now? I am just talk about this theory.Next time makesure you all be prepared before I started my letcure okay?”
Evzan dan yang lain terangguk-angguk. Pensyarah dihadapan kembali menekan powerpoint yang ada. Evzan kembali tenang dan cuba menumpukan perhatian pada kuliah. Handsetnya bergetar lagi. Evzan berasa malas untuk menyeluk telefonnya. Kemudian dia membiarkan sahaja mesej teresebut.
“Darling, lamanya honey tunggu tau.” Terasa ada tangan yang melingkar dipinggang Evzan. Red dan Alden berpandangan melihat Annys berkelakuan demikian. Geli bercampur lucu melihat perempuan berumur 22 tahun yang tak dapat menerima kenyataan daripada Evzan bahawa hatinya tak boleh dipaksa. Masih mencintai sang bekas kekasih yang pernah dilukai.
“Please take off you hand!” Evzan merungkaikan tangan Annys daripada pinggangnya. Annys sebaliknya tersenyum. Eh, pelik perempuan ni. Kata Red dalam hati.
“Annys, listen okay,I can’t be pretending in love with you. I make it clear okay, I DON’T LOVE YOU. Got it?!” Evzan berkata satu persatu dan cuba melembutkan suaranya.
“ Who is she? That naive girl? Darling, apa yang ada pada perempuan tu?”Annys mengutuk.
“ Where was she come from? The very undevelop place? Kampungan tu!?” Annys menekan suaranya.
"Mind your words girl! Sedar sikit dengan siapa kamu bercakap ” Alden menyentap tangan gadis itu.
“Ini bukan urusan kau!” Annys menjawab berani.
“Ini urusan kami bersama!” Evzan merenung tepat ke anak mata Annys dengan pandangan yang menakutkan. Red diam sahaja mendengar setiap butir perbicaraan perempuan dan rakan dihadapannya.
Annys ketakutan melihat Evzan menyinga kepadanya. Dia berlalu pergi sambil mengherdik mahasiswa lain yang melihat kejadian tersebut. Annys berjalan dengan cepat. Tiba-tiba dia hilang kawalan menyebabkan kasut tumit tingginya tersangkut di bahu jalan menyebabkan Annys hampir tersungkur. Evzan, Alden dan Red tersengih melihat telatah Annys. Nasib baik gelap, kalau tidak sudah pasti Annys menjadi bahan gurauan kenakalan rakan-rakan mahasiswa mereka yang lain.
--------------------------
Jam menunjukkan pukul 11.45 malam. Evzan keseorangan di ruang tamu rumah sewa tiga bilik mereka bertiga. Alden sedang bergayut dengan kekasih hatinya. Alden seorang yang amat setia dengan perempuan. Red pula keluar kerana katanya ada perbincangan dengan kumpulan. Hospital Series bertajuk House menjadi kegemarannya dan tidak pernah terlepas daripada menonton drama tersebut.
Evzan masuk ke biliknya apabila series itu berakhir. Dia melihat sebuah foto dimeja bersebelahan dengan dengan bantal tidurnya. Wajah gadis berambut hitam. Bermata mengasyikkan. Foto gadis yang sama turut ada di meja belajarnya. Bahkan dalam dompet pun gambar gadis itu tersimpan. Gambar yang selalu mengungkit rasa rindu dihatinya. Ingatan Evzan menangkap sesuatu. Handphonenya. Handphone segera di cari. Bawah bantal, atas katil, di meja belajar, di ruang tamu, di atas peti televisyen, sampai ke dapur, bahkan dalam peti ais Evzan mencari. Ah, kemana Handphone aku ni. Kemudian dia mencari lagi. Bosan mencari Evzan kembali ke biliknya. Kemudian tidur.
Keesokkan harinya Evzan terjaga sekitar pukul 7.40 pagi. Hari itu kelasnya bermula pukul 11.00 am. Evzan masuk ke bilik air, seimbas lalu dia ternampak Handphone terletak elok di atas para sabunnya.
“Oh my God, nasib baik kau tak mandi” kata Evzan. Meletakkan telefonnya di tempat yang selamat dan kemudian mandi.
Pukul 9.05 pagi, Evzan keluar daripada rumah sewa mereka. Bercadang untuk ke kedai serbaneka 7Eleven untuk membeli akhbar dan roti sebagai breakfast mereka pagi itu. Evzan benar-benar terlupa akan Handphonenya sekali lagi. Akhir-akhir ini dia merasakan hidupnya tak seceria dahulu lagi. Hatinya merindu dendam.
--------------------------
Irene terpisat-pisat di tempat tidurnya. Sebaik melihat jam di meja sebelah katilnya dia terlompat. 9.05 pagi. Kelasnya dengan Madam Yan hari ini pukul 9.00am. Lewat lagi...
“Morning madam...” Irene menyapa Pensyarahnya sebaik membuka pintu dewan kuliah. Dia tiba tepat 10.05 minit pagi.
“ Hi, morning Irene, I dont think that in Philipine the time is different with Malaysia right?”
“ He he he. I woke up late madam.” Irene tak menjawab sebaliknya menerangkan hal sbenarnya sambil mengambil tempat di sebelah Ornel.
“ You ask Ornel for those you are left. No repeat” Madam Yan mengalah apabila Irene mengaku. Dalam hatinya berbisik Irene gadis yang baik.
--------------------------
Hari ini perasaanku gelisah. Semua serba tak kena. Aku menanti-nantikan sesuatu. Aku sempat mengelamun di dalam kelas Madam Yan tadi. Aku saat ini sedang menikmati makan tengah hari dengan Irene. Namun hati ku di tempat lain.
0 comments:
Post a Comment
its your right to share ur opinion thats mean, Ur comment are welcome...