CHAPTER 3.1
Evzan menekan kekunci aktif untuk Handphonenya. Simbol mesej tertera di bahagian atas skrin. Hati Evzan tertanya sejak bila mesej itu tidak dibacanya. Pantas tangannya membuka inbox.. A.O.D ... Evzan melihat tarikh dan masa. Rupanya semalam. Selepas membaca mesej tersebut Evzan termenung. Sungguh perit hati gadis itu. Evzan tidak menyalahkan gadis itu kerana dia tahu ini adalah salahnya. Mereka berpisah kerana Evzan mencari perempuan lain. Mengatakan dia tidak pernah mencintai gadis A.O.D. Walhal hatinya di kelabui dengan kecantikan palsu Annys. Segalanya indah bersama Annys. A.O.D dilupakan. Dikhianati dan diseksa jiwanya. Sekarang barulah Evzan tahu cintanya hanya untuk A.O.D.
Hatinya pilu mendapat mesej tersebut. Namun hatinya tak dapat berbohong. Dia mencintai Gadis itu setulus hatinya kini.
----------------------------------
“ Saya akan menunggu dirimu sayang. Akan selalu merindui kehadiranmu disisiku Darlen.”
----------------------------------
Punat send ditekan. Mesej di kirim.
----------------------------------
Aku yang sedang menikmati makanan bersama Irene terkejut mendengar nada dering menandakan bunyi mesej di telefonku. Namun aku membiarkan sahaja. Bukan tak mahu membuka. Tapi takut akan merosakkan mood ku.
Aku dan Irene sudah lama mengatur masa untuk keluar berwindow shopping seperti hari ini. Kami menjelajah seluruh mall yang kami masuki itu. Sehingga kaki terasa lenguh. Satu persatu kedai pakaian, akseseori dan kasut serta barangan kecantikan kami kunjungi. Namun tak satu pun yang aku beli. Selepas kuliah hari ini, aku dan Irene free sehingga esok. Apa lagi, kami berjalan sakan. Seakan nak tercabut kepala lutut pun ada.
Sedar tak sedar hari sudah beransur gelap. Jam sudah menunjukkan pukul 8.00 malam. Perut pula sudah mula berirama keroncong minta di isi.
Aku dan Irene mengambil keputusan untuk makan terlebih dahulu sebelum balik ke “kampung” kediaman.
----------------------------------
“Argh, kenapa diam Darlen” Evzan separuh berbisik namun sempat di tangkap oleh Red yang sedang makan bersama Evzan di ruang dapur rumah sewa mereka.
“Whats wrong man?” Red bertanya.
“ Oh, tak ada pa. Saja berlatih dialog” Evzan tersengih dengan alasannya sendiri.
“Yeke? Ke saya silap dengar nama Darlen tadi?” Red menduga.
“Red, aku merindui Darlen, terlalu rindukan dia.” Evzan tak berselindung. Dia tahu temannya itu mendengar monolognya.
“Sabar man, kalau dah dijodohkan antara kamu, pasti tak kemana. Tapi kalau kamu tanya gua, you memang salah Evzan. You hurt her too much, too many times you do same thing to her.” Red berkata jujur kepada Evzan.
“Ya. Tapi aku betul-betul dah sedar sekarang Red. Aku amat berharap dia akan kembali kepadaku semula.
----------------------------------
Aku mencapai handphone sebaik sahaja selesai mandi.
Aku terketar. Terasa mataku berkaca membaca mesejnya. Perkenalan yang bermula di alam siber hampir 5 tahun lalu, beralih kepada SMS kemudian pertemuan kami aturkan menjadi titik awal hubungan kami.
Hatiku pilu mengenangkan ini semua. Kenapa baru sekarang kau sedar Evzan. Aku mencintai kau sekian lama. Begitu setia aku melayani setiap karenahmu, sikapmu dan paling penting aku mencintai kau setulus hatiku. Aku benar-benar tersayat dengan SMS yang Evzan berikan.
----------------------------------
“Lupakan saya. Hapuskan setiap memori antara kita dalam kotak memori mu. Berbahagialah di samping gadis yang kau cintai Evzan. Jangan buat saya terus terseksa seperti ini. Jika dahulu saya sering berdoa agar kita bahagia. Sekarang dan selamanya pun saya akan berdoa untuk kebahagiaan kau.”
----------------------------------
Tiada lagi kata-kata romantik yang menghiasi madah perbualan kami melalui SMS.
Ya Tuhan, Kau tahu siapa aku lebih daripada diriku sendiri. Dan segala sesuatu telah KAU aturkan dalam kehidupan ini. Aku hamba-Mu yang menurut segalanya Tuhan. Aku tahu, aku sudah terlalu lemah menghadapi kepahitan ini. Hanya hati yang menguatkan semangat aku.
Evzan tersentak mendengar gegaran handphonenya. Lebih terkejut apabila membaca mesej daripada gadis pujaannya, yang sudah benar-benar patah hati dengan dirinya.
----------------------------------
“ Tidak. Darlen, saya tak mampu tanpamu sayang. Kau segalanya Darlen. Saya mencintai kau kini dengan setulus hati. Kembalilah sayang. Aku mengasihimu.”
----------------------------------
Evzan meraup mukanya selepas menghantar mesej tersebut. Dia benar- benar menyesal menyakiti gadis yang selama ini begitu mencintai dirinya dan menyayangi dirinya. Baginya kehidupan kini menjadi hambar tanpa gelak tawa yang menyapa halwa telinganya setiap kali berkesempatan bertemu dengan Darlen.
Aku hanya membiarkan mesej Evzan. Sudahlah. Sudahlah bentak hatiku. Namun aku masih menangis. Terlalu lemah menerima keadaan ini. Evzan pergilah dari hidupku.
“Evzan, boleh tak kau sertai kejohanan futsal antara universiti 3 minggu lagi dengan kami?” pertanyaan daripada Fahmi mengembalikan lamunan Evzan.
Fahmi rakan sekelas Evzan. Mereka agak rapat. Futsallah yang mengeratkan hubungan mereka.
“Dimana?” ringkas Evzan bertanya.
“Di Unisel. Tapi dengar-dengar tak pasti lagi. Sebab kali ini IPTS dan IPTA akan bertanding bersama. Menariknya, kejohanan kali ini juga akan melibatkan wanita.”
“Hmm, okay maklumkan aku posisi aku dan jadual latihan. Kalau boleh latihan biarlah pada waktu petang dan siap sebelum pukul 7.00pm, sebab aku selalunya ada kelas pada pukul 8 atau 9 malam.” Evzan bersetuju.
“Ya, okey. Saya akan SMS awak kemudian.” Fahmi tersenyum kerana berjaya mendapatkan persetujuan Evzan menyertai pasukannya. Kalau bukan kerana mereka saling mengenali, sudah pasti Evzan menolak.
----------------------------------
“Irene, where are you going dear?” Aku hairan melihat Irene lengkap berpakaian sukan pagi itu dan sudah terpacak dihadapan pintu rumahku.
“Hei, girl, siap cepat. Kita kena joging. Jangan ingat sebagai pengurus kita tak akan berlatih,” hampir terpekik Irene melihat aku yang baru bangun terpisat-pisat di hadapannya.
“Hah, joging?!” mata ku buntang. Seolah baru tersedar daripada mimpi ngeri. Aku bukannya pernah bersenam. He he he, kalau pernah pun dahulu ketika masih menuntut di sekolah menengah. Lagipun badan aku tetap Slim walaupun tak joging. Aku bertuah memiliki tubuh badan yang tidak mudah mengalami perubahan saiz walaupun kena makan banyak. He he he.
“Aduh, sakitlah.” Aku terkejut apabila Irene menarik aku ke bilik aku untuk bersalin pakaian.
‘”Kenapa kita pun kena bersenam Irene?” aku menyoalnya sambil berlari-lari anak di sebelahnya.
“Sebab kita pengurus pasukan kena tunjukkan yang kita memang boleh mengurus” selamba dia menjawab.
Jawaban yang bagi aku tak munasabah atau munasarawak langsung. Ada ke patut dia bagi alasan macam tu. Dah lah paksa aku temankan dia jadi pengurus pasukan untuk kelab yang aku sendiri pun tak tahu apa setakat ini, sekarang dia nak aku berjoging pula. Kalau sekejap tidak apalah juga. Ni dah nak 10 km dah rasanya kami berjoging. Naik semput dah nafas aku. Kalau berterusan begini, aku akan mengurus pasukan itu di katil wad hospital dengan diagnosis “patah nafas semasa berlari”.
“Irene, I am so tired. You teruskan. I can’t la. Saya tunggu kat sini ye.” Nafas aku termengah-mengah. Bercadang untuk berehat sahaja di tepi tasik tersebut. Irene hanya mengangguk dan meneruskan larian. Satu pusingan lagi katanya. Dalam hati aku berbisik bangga kepada Irene. Tubuh kecil moleknya itu punya tenaga luarbiasa bagiku. He he he, apa tidaknya, tengok dia joging selamba aje. Aku dah nak pitam dah ni.
----------------------------------
“Perhatian kepada para peserta, sila daftarkan pasukan anda dan pastikan anda membayar yuran penyertaan pada kejohanan kali ini.” Kedengaran pengumuman daripada corong sistem siar raya yang ada di padang utama Universiti Selangor (UNISEL). Petang ini pasukan dibawah kendalian aku dan Irene daripada universiti kami akan bertemu dengan pasukan lawan daripada Universiti Putra Malaysia. Semasa mendaftarkan pasukan tadi, aku seperti ternampak kelibat seseorang yang cukup aku kenal. Susuk tubuhnya memang aku hafal. Aku tahu dan pasti dia ada di sini.
“ Boleh tak saya balik esok atau malam ni?” aku memohon simpati Irene sebaik sahaja melihat “Dia” berlalu. Tidak melihat aku agaknya.
“What? Mana boleh. Game baru nak start la. Pasukan kita dah berlatih bersungguh-sungguh tahu tak.” Irene mendengus marah.
“Jangan buat hal Darlen”dia memberi amaran lagi.
“Tapi saya rasa tak sedap badan.” Aku beralasan.
“ Just take a rest in our room. I will be there after lunch.” Amboi minah ni mengarah aku pula. He he he.
Memang wajar pun dia mengarah aku. Dia kan pengurus pasukan ni. Nak tak nak terpaksa aku turutkan juga ke bilik penginapan kami yang di sediakan rakan mahasiswa daripada UNISEL.
----------------------------------
“Fahmi, how many competiton kejohanan kali ni?
“Around 8 to 10. Tapi kita akan liga. So, mungkin akan mengambil masa yang agak lama. Jangkaan saya sehingga khamis ini. 4 hari.” Fahmi menerangkan kepada Evzan yang di sambut dengan anggukan oleh Evzan.
“ Hai Evzan sayang...” suara lunak pada pendengaran fahmi mencelah perbualan mereka.
“Kau Annys? Buat apa kat sini?” Evzan sedikit terperanjat dengan kehadiran gadis gedik + tak tahu malu + tak cukup kain = buat orang meluat itu.
“ I datang nak support you la honey.” Dengan selamba Annys merangkul lengan Evzan.
Evzan merentap tangannya dan berdiri berniat pergi daripada Annys.
Fahmi tersenyum memandang Annys, namun dibalas dengan acuh tak acuh oleh gadis itu.
“Ops, sorry. Tak sengaja. Are you okay Mr.?” Aku seperti terlanggar sesuatu atau lebih tepat seseorang.
“It’s ok miss... I am all...” Evzan terpana.
bersambung....
bersambung....
1 comments:
How to Deposit a Free $10 Bonus - Shootercasino
Find 제왕카지노 out how choegocasino to deposit a free $10 bonus to try out a game with thousands งานออนไลน์ of casinos and bonuses. Get all the details here.
Post a Comment
its your right to share ur opinion thats mean, Ur comment are welcome...