Pembaca TW.

Bukan Kisah Aku, Tapi Cerita Aku

Minat menulis. Hobi bila ada masa terluang atau tepatnya bila idea datang mencurah-curah dan keadaan mengizinkan. Memang aku sangat suka menuis. Aku sangat sukakan kata-kata. Namun aku bukan pengkarya yang baik. Orang mungkin menyangka dan tidak percaya bahawa aku boleh berkarya walau tak sebaik mana.

Tuesday, May 24, 2011

Novel : Kisah Terakhir 4


CHAPTER 4

Hi Darlence, mind if  i join you?”
“Okay steve. But look I can’t talking, I am finishing my report.”
It’s allright, I am just wanna sit beside you. Sharing the moment with you.” Steve Lucas, lelaki ini dalam diam menyimpan hati terhadap gadis bernama Atalya Ornel Darlence.

Aku tersenyum memandang Steve. Aku tahu maksudnya, namun aku seakan serik. Kuakui kebaikan Steve. Tidak pernah sekalipun dia memaksa aku. Namun aku masih begini. Hati masih tertutup untuk menjalin sebarang hubungan dengan lelaki lagi. Aku kembali menaip laporan praktikal ku. Masa begitu cepat berlalu. Aku seakan baru semalam melangkahkan kaki ke IPT ini. Beberapa bulan lagi aku akan bergelar graduan berijazah dalam bidang Kaunseling. Seakan segalanya berjalan dengan lancar. Aku bersyukur pada Tuhan untuk semua kebaikan yang dia taburkan dalam kehidupanku.

Tidak lama kemudian Irene menyertai kami dimeja itu.
“ Darlen, banyak lagi ke report tu?”
Sepi...
“ Ala, tak siap lagi ke? Banyak lagi tak?”
Sepi...
“Hei...answer me la..”
Sepi...
“Aku lapar la...Darlen...” Irene menyangkutkan dagunya pada sisi meja meminta belas kasihan namun tidak ada respons melainkan Steve yang tersengih-sengih sambil meletakkan buku yang diselak-selak berulangkali. Kemudiannya jarinya bertemu satu persatu sambil mulut terkumat kamit mengira. Irene semakin berasap.

Aik nak kena budak ni. Bisik hati Irene, dia mengalihkan pandangan kepada Steve yang tersenyum kepadanya sambil jungkit bahu menandakan tidak tahu. Irene got an idea. Segera dia mengambil headphone laptopnya dan mengenakan kepada Darlen, sambil itu dia menekan 100% volume.

“Hei.......” aku terjerit apabila tiba-tiba sahaja halwa telinga aku dibingitkan dengan lagu chipmunk yang terpekik-pekik ditambah dengan bass yang berdentum-dentum di telingaku.

Quiet please.. you are in library dear” pustakawan menegur kami. Kulihat Irene dan Steve terkekeh-kekeh mengetawakan aku.
What?”
Nops, Aku nak ajak kau pegi buat pemeriksaan.”
“Pemeriksaan apa? Aku tak sakit la Irene.”
“Sure?”
“Aha, I am very sure.”
Really, Tapi telinga kau sakit. 3 kali aku panggil tak menjawab.”
“ Ceh, hmm I am concentrate dear. Nak hantar next week.”
Ala next week, ada masa lagi. Banyak lagi ke?” Steve menyampuk.
“ Last paragraph with the bibliography je lagi. Nak tolong ke?” aku membuat muka sepuluh sen dengan Steve.
“Look, kalau PBB minta aku settlekan masalah akaun bank dunia, aku lebih rela buat banding nak menyimpulkan teori-teori berkaitan manusia. S-U-R-R-E-N-D-E-R” Steve mengangkat tangan.
How about you I..”
“... aku grad dalm bidang membetulkan ozone, air sungai, pokok, tanam pokok, kitar semula my dearest friend. But, i will try help you dengan syarat...” Irene dah menyampuk sebelum sempat aku menyebut namanya, dan skarang nak buat syarat pula.
“What..”
I am starving for food, jum makan dulu. Report tu saya tolong you siapkan malam ni” Giliran Irene buat muka dua puluh sen dengan aku.
“Janji?” aku meminta jaminan.
Yes, siap dengan warranty lagi. He he he” aku tergelak mendengar Irene berkata seperti itu.
“Ok, lets go dear, kau belanja ye.” Aku mengenyit mata kepada Steve.
“Boleh saya join korang girls?”
Aku dan Irene kenyit mata dan mengangguk. Well, kehidupan yang ceria dan cerah selalu bertandang dalam hari-hari yang aku lalui kini. Memang aku tak nafikan masih bersisa kepahitan yang ada di dalam hati, namun orang kata lebih baik begini. Seorang kawan pernah berkata kepadaku suatu ketika dahulu bahawa mengingti seseorang yang pernah hadir dalam kehidupan kita itu sesuatu yang normal. Lebih menakutkan jika kita mengatakan bahawa kita sudah melupakan, walhal kita bersama dengannya begitu lama dan dia pernah dekat dengan kita.
“Aduh!”aku terasa dahiku dihempuk sesuatu.
“Padan muka. Orang nak makan, bukan nak mengelamun la.” Irene ni tak habis-habis nak kenakan aku.
“Boleh mereng aku macam ni Irene, asyik kena kepuk saja.”
“Tu la you Darlen, lain kali jangan suka sangat berkhayal. Kalau ko je mereng tak pe, jangan ajak kitorang sekali.” Aik, sejak bila pula Steve ni pandai support si gurl ni? Aku kerut kening kepada Steve dan belum sempat aku membuka mulut...
“ Steve, one, two, three, run!!!!” mereka berdua meninggalkan aku ke pintu perpustakaan. Aku yang terpinga-pinga terus mengejar mereka. Aku perasan juga muka mak cik guard tu jeling tajam perangai kami yang tak makan samannya kerana sering buat bising dalam perpustakaan.
“...yang lewat sampai ke restoren tu, dia yang treat!!!” Irene menjerit kepadaku dari luar pintu perpustakaan. Aku terbeliak. Aku ni dahlah sengkek minggu ni. Nak minta treat pula. Huhuhu.


Bersambung...

0 comments:

Post a Comment

its your right to share ur opinion thats mean, Ur comment are welcome...

 
blog ini diedit oleh fiezah91